BERITA SEMASA

Pemberian kewarganegaraan tujuh pemain warisan ikut Perlembagaan

KUALA LUMPUR – Pemberian kewarganegaraan kepada tujuh pemain warisan diberi mematuhi semua akta dan kaedah di bawah peruntukan Perlembagaan.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, seramai 23 orang pemain bola sepak telah lulus mendapat kewarganegaraan termasuk tujuh yang terbaharu melalui proses ditetapkan termasuk Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964.

“Mereka juga telah hadir membuat permohonan secara sendiri dengan melalui proses yang cukup teliti termasuk pengambilan biometrik dan temubual.

“Hal kelayakan mereka dengan Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA), itu urusan yang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan FIFA yang sekarang ini sedang diuruskan di peringkat rayuan dan sebagainya,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini..

Undang-undang FIFA menggariskan pemain yang ingin mewakilil sesebuah negara perlu lahir di negara tersebut.

“Kedua, ibu atau bapa bagi tujuh pemain ini dilahirkan di negara tersebut; dan yang ketiga, datuk dan nenek pemain dilahirkan di negara tersebut selain pemain telah hidup secara berterusan di satu tempat.

“Justeru, mana-mana satu syarat yang telah dipatuhi, maka pemain itu layak untuk mewakili negara dan berdaftar dengan FIFA. Itu urusan FAM,” katanya.

Sebelum ini, FAM dilaporkan akan mengemukakan rayuan rasmi kepada FIFA berhubung keputusan tatatertib melibatkan isu dokumentasi kelayakan tujuh pemain kebangsaan, selepas menerima dokumen penghakiman penuh daripada badan induk bola sepak dunia itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button