BERITA SEMASA

Pemandu Wira terperosok bawah treler dilapor meninggal dunia

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu kereta Proton Wira yang parah selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Ulu Tiram, Johor kelmarin, dilaporkan meninggal dunia, hari ini.

Berita itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali Farizatul Firdaus, hari ini.

“Untuk makluman semua, pakcik saya dalam kereta Wira sudah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) sebentar tadi.

“Pakcik saya yang dalam kereta Wira sudah meninggal. Semoga Allah merahmati dan menempatkan arwah bersama orang-orang yang beriman. Yang mengenali arwah mohon maaf jika ada salah silap pakcik saya,” katanya dalam hantaran tersebut.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Ramli Abdullah dan berusia dalam lingkungan 60 tahun, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Kelmarin, kereta dipandu Allahyarham terperosok di bawah sebuah treler panjang yang ketika itu sedang keluar dari satu simpang.

Insiden tersebut turut dirakam oleh pemandu treler berkenaan yang dilihat sedang memberikan arahan kepada kenderaan lain untuk memberikan laluan ketika dia cuba keluar dari simpang terbabit.

Bagaimanapun, dalam beberapa saat, kereta dipandu mangsa didapati meluru laju dan berlanggar dengan bahagian tengah treler terbabit hingga terperosok di bawah treler yang membawa muatan besi panjang.

Menerusi perkongsian ahli keluarga terdekat, mangsa yang mengalami penyakit buah pinggang difahamkan sedang memandu pulang selepas mendapatkan rawatan dialisis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button