BERITA SEMASA

Pelbagai aktiviti menarik warnai Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024

CYBERJAYA – Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung karnival Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Cyber Event Hall di sini, Ahad ini.

Menurut maklumat di akaun Facebook Merdeka360, karnival sehari bermula 9 pagi hingga 4.30 petang itu menyajikan pelbagai aktiviti antaranya pameran kemerdekaan, Komuniti Madani X Nadi, Kuiz Roda Merdeka, Riuh X HKHM, aktiviti interaktif kenegaraan serta persembahan patriotik.

Orang ramai juga boleh melakukan semakan dan pembayaran cukai serta kompaun Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), kaunter pengurangan saman Polis Diraja Malaysia (PDRM), gantian kad pengenalan, pembaharuan lesen memandu serta mendapatkan skim pinjaman komputer riba dan desktop.

Turut menghiasi karnival itu ialah Jualan Ehsan Rahmah Madani, jualan kombo Agro Madani serta jualan trak makanan.

Maklumat lanjut mengenai karnival tersebit boleh didapati dengan melayari www.merdeka360.my

Pada 5 Jun lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengumumkan “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 sebagai perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati dirinya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button