
Peja nafi lakukan gangguan seksual
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu menafikan tuduhan yang mengaitkannya melakukan gangguan seksual berikutan sebuah laporan polis yang tular di saluran media sosial.
Sehubungan itu Faizal berkata, satu laporan polis dibuat semalam di Balai Polis Hartamas berhubung tuduhan itu.
“Saya dimaklumkan bahawa laporan tersebut mengaitkan nama saya dan beberapa tuduhan yang dibuat oleh individu tersebut terhadap saya.
“Dalam laporan polis saya, saya telah mengesahkan bahawa tuduhan-tuduhan ini adalah tidak benar sama sekali dan saya percaya ada elemen hasutan jenayah dan fitnah terbabit dalam laporan ini.
“Dokumen tersebut menyebut masa, tarikh dan lokasi tentang ‘interaksi’ tertentu. Saya telah pun memaklumkan kepada pihak polis bahawa pada hari dan waktu tersebut saya berada di Negeri Sembilan kerana menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Timbalan Presiden Bersatu. Ramai saksi yang boleh mengesahkan kehadiran saya,” katanya dalam satu kenyataan.
Faizal yang lebih dikenali sebagai Peja berkata, beliau yakin dan mempunyai kepercayaan penuh kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan mereka dan seterusnya menolak laporan palsu tersebut.
“Saya juga berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat.
“Saya harap dalam tempoh berkempen ini, kita hanya berbicara tentang politik dan polisi yang boleh memajukan negara.
Serangan berbentuk peribadi ini tidak memberikan sebarang manfaat dan hanya membazirkan masa dan sumber pihak berkuasa PDRM,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
