LUAR NEGARA

Parti Buruh lepasi majoriti mudah bentuk kerajaan baharu

LONDON – Parti Buruh memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) United Kingdom (UK) setelah berjaya melepasi majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

Setakat pukul 8 pagi (waktu tempatan), keputusan rasmi menunjukkan parti pimpinan Keir Starmer berjaya memenangi 410 kerusi, dengan majoriti mudah diperlukan sebanyak 326.

Untuk rekod, Parlimen UK mempunyai sebanyak 650 kerusi.

Pesaing terdekat, Parti Konservatif yang dipimpin Perdana Menteri, Rishi Sunak, hanya berjaya memenangi memenangi 119 kerusi setakat ini.

Keputusan ini bermaksud, Parti Buruh berjaya menamatkan dominasi golongan konservatif ke atas kerajaan selama 14 tahun.

“Hari ini kita mulakan bab seterusnya, mulakan kerja perubahan, misi pembaharuan negara dan mula membina semula negara kita,”

“Perubahan bermula sekarang,” kata Starmer sejurus keputusan awal diumumkan, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button