Palsu dokumen: FAM, 7 pemain warisan digantung FIFA
KUALA LUMPUR – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan hukuman tegas terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain yang didaftarkan sebagai pemain warisan kerana kesalahan pemalsuan dokumen bagi tujuan kelayakan.
Menurut Jawatankuasa Tatatertib FIFA dalam satu kenyataan, FAM didapati menggunakan dokumen dipalsukan untuk mendaftarkan tujuh pemain iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
“Kesemua mereka telah beraksi dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lalu.
“Antara hukuman yang dijatuhkan ialah
FAM didenda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta) dan setiap pemain didenda CHF2,000 (RM10,500).
“Tujuh pemain terbabit digantung 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak,” katanya hari ini.
Dalam pada itu, FIFA turut merujuk isu kelayakan pemain tersebut untuk mewakili skuad kebangsaan Malaysia kepada Tribunal Bola Sepak FIFA.
Katanya, FAM dan pemain terlibat mempunyai tempoh 10 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








