Pahang sokong kajian menyeluruh eksport pasir sungai
KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang menyokong penuh cadangan supaya isu eksport pasir sungai diteliti secara menyeluruh oleh Kerajaan Persekutuan kerana langkah itu dilihat mampu meningkatkan hasil negeri selain membantu pengurusan sungai dan mengurangkan risiko banjir.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sokongan itu selaras dengan titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15, hari ini.
Menurut beliau, titah baginda mencerminkan keprihatinan terhadap pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat.
“Kerajaan Negeri akan meneliti segala perkara yang dibangkitkan demi memastikan hak dan kepentingan negeri Pahang terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



