BERITA SEMASA

Nasi Kandar Apollo Jalan Reko tutup operasi, beri laluan projek kondominium

KAJANG – Restoran popular, Nasi Kandar Apollo di Jalan Reko di sini mengumumkan penutupan operasinya selepas lebih sedekad menjadi tumpuan pelanggan dan pencinta hidangan nasi kandar.

Keputusan tersebut diambil susulan tapak premis berkenaan telah dijual kepada sebuah syarikat pemaju kondominium dengan nilai urus niaga kira-kira RM26 juta.

Difahamkan, lokasi itu bakal dibangunkan sebagai projek kondominium mewah dalam masa terdekat.

Pihak pengurusan restoran dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan menamatkan operasi dibuat dengan penuh rasa berat hati memandangkan premis tersebut menyimpan pelbagai kenangan sepanjang 10 tahun beroperasi.

“Walaupun sukar melepaskan segala memori dan aroma kari yang sebati di sini, kami terpaksa akur dengan arus pembangunan,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, pihak restoran merakamkan penghargaan kepada pelanggan yang setia menyokong sejak hari pertama operasi.

Penutupan itu sekali gus mengakhiri legasi ‘Aroma Apollo’ yang menjadi identiti restoran berkenaan dalam kalangan pengunjung setia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button