BERITA SEMASA

Naib Canselor UiTM mohon doa buat pensyarah terlibat kemalangan

SHAH ALAM – Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib memohon seluruh warga universiti dan orang ramai mendoakan kesejahteraan dua pensyarahnya yang terlibat dalam kemalangan setelah kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Persiaran Tun Arshad Ayub, Seksyen 7, di sini hari ini.

Dr Shahrin berkata, kedua-dua mangsa, iaitu Dr. Nur Shahidah Ab Aziz, 39, dan Dr. Shareena Fairuz Abdul Manaf, 42, dari Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) UiTM Shah Alam, berada dalam keadaan sedar namun mengalami kecederaan.

“Mereka kini sedang menerima rawatan dan berada di Zon Kritikal Hospital Shah Alam untuk pemantauan lanjut oleh pasukan perubatan.

“Sehubungan itu, mohon sama-sama kita mendoakan keselamatan mereka. Semoga Allah SWT mudahkan semua urusan, direzekikan keselamatan, dan kesembuhan, amin,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, dua wanita yang terselamat dalam insiden tersebut merupakan pensyarah UiTM.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, akibat kejadian, Nur Shahidah mengalami luka di di bahagian kepala dan muka manakala Shareena cedera di bahagian pinggang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button