BERITA SEMASA

MRM dapat restu teruskan street dakwah, barang dirampas DBKL dipulangkan semula – Firdaus Wong

KUALA LUMPUR – Pertubuhan dakwah, Multiracial Reverted Muslims (MRM) mendapat khabar gembira apabila semua barangan yang dirampas oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini akan dipulangkan semula.

Berita gembira itu disampaikan oleh pendakwah yang juga Pengasas MRM, Firdaus Wong Abdullah selepas mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin hari ini.

“Perbincangan hampir 45 minit. Datuk Azman menzahirkan sokongan kepada usaha dakwah MRM. Banyak juga perkara lain dibincangkan selain isu reruai MRM.

“Konklusi dari perbincangan? Barangan street dakwah MRM yang dirampas DBKL akan dipulangkan dan street D
dakwah MRM diteruskan macam biasa,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button