BERITA SEMASA

Misi flotila: PM zahir kesyukuran pembebasan 9 aktivis Malaysia

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT susulan pembebasan sembilan lagi wira dan wirawati yang ditahan tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.

Perdana Menteri berkata, kesemua aktivis tersebut telah selamat tiba di Istanbul, Turkiye.

“Jentera kerajaan di bawah kendalian Kementerian Luar di Istanbul akan memastikan kelancaran proses membawa mereka kembali Malaysia dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Turkiye yang membantu permudahkan urusan itu.

Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar mengumumkan kesemua sembilan aktivis Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) diterbangkan ke Turkiye malam ini.

Sembilan delegasi Malaysia berkenaan ialah Ketua Misi, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali; Dr Fauziah Hassan; Dr Hafiz Sulaiman; Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi; dua pensyarah, Prof Dr Mohd Afandi Salleh dan Dr Noorhasyimah Ismail; wartawan, Syafik Shukri Abdul Jalil; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Norsham Abu Bakar serta aktivis, Dr Maziah Muhammad.

Lapan daripada mereka berada dalam kapal Conscience manakala Dr Maziah berada dalam kapal Umm Saad.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button