BERITA SEMASA

MBSA roboh 21 khemah penjaja bawah pokok degil

SHAH ALAM – Sebanyak 21 gerai penjaja yang dibina tanpa permit di bawah pokok di Taman Subang Perdana, Seksyen U3 di sini, dirobohkan pihak berkuasa dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan semalam.

Menurut Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), operasi itu dilaksanakan susulan aduan penduduk setempat mengenai pembinaan gerai haram serta aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah di kawasan berkenaan.

“Operasi tersebut menyasarkan gerai-gerai bawah pokok yang dibina tanpa kelulusan dan beroperasi tanpa permit sah daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, operasi yang diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MBSA, Sahrul Nizam Ahmad itu melibatkan seramai 150 anggota daripada pelbagai jabatan dalaman MBSA.

Baca juga : Operasi Taman Tema Sky City dihentikan – MBSA

Operasi tersebut turut mendapat kerjasama agensi luar seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Negeri Selangor, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor.

“Antara jabatan MBSA yang terlibat ialah Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Kebersihan Awam dan Kelestarian Sisa, Jabatan Bangunan, Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam, Jabatan Landskap serta Jabatan Kejuruteraan,” menurut kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button