
Mayat lelaki ditemukan terapung di Pantai Bukit Bubus
BESUT – Mayat seorang lelaki berusia 54 tahun ditemukan terapung di Pantai Bukit Bubus, Kampung Raja, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, mangsa yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan ditemui orang awam kira-kira jam 7.05 malam dalam keadaan lengkap berpakaian.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai pergi memancing secara berseorangan di kawasan berhampiran sebelum kejadian berlaku.
“Mayat mangsa ditemui terapung oleh individu yang sedang memancing di lokasi berkenaan. Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh kurang 24 jam.
“Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan bedah siasat dan hasil laporan mengesahkan punca kematian adalah disebabkan penyakit jantung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








