BERITA SEMASA

Maritim Malaysia Kuala Kedah selamatkan nelayan putus jari di laut

KUALA KEDAH – Seorang kru bot nelayan tempatan yang putus jari kelingking akibat terkena pukat berjaya diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim di sini, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, Pusat Operasi Maritim di sini menerima panggilan daripada pengadu yang memaklumkan mangsa tidak sedarkan diri akibat kecederaan.

“Susulan itu, Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRSC) Langkawi melancarkan evakuasi perubatan (MEDEVAC) dan bot Maritim Malaysia dikerah ke lokasi mangsa yang ketika itu dalam perjalanan balik di kedudukan 9.0 batu nautika Barat Daya Muara Kuala Kedah,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial.

Katanya, mangsa kemudian dipindahkan ke bot Maritim dan dibawa ke jeti sebelum dibawa menaiki ambulan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Dalam pada itu, pihaknya menasihati komuniti maritim agar sentiasa menitikberatkan faktor keselamatan diri ketika melakukan aktiviti perikanan di laut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button