Mara mula pengambilan bekas polis, tentera jadi warden di MRSM
PUTRAJAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memulakan pengambilan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas pegawai tentera dan polis untuk ditugaskan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, projek rintis itu diperkenalkan bagi memastikan matlamat sifar buli di MRSM dapat dicapai, selain dapat membentuk disiplin pelajar-pelajar di maktab itu.
“Cadangan itu telah dipersetujui sebulat suara ketika ia dibangkitkan dalam Majlis Mara dan buat permulaan ini, projek rintis akan dimulakan dengan melibatkan beberapa MRSM bagi melihat dan mengkaji keberkesanan inisiatif ini.
“Kerjasama juga akan dilakukan dengan Persatuan veteran tentera dan bekas polis bagi mengenal pasti kriteria pemilihan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata,
Bahagian Pendidikan Menengah Mara juga akan menyediakan garis panduan yang jelas berkenaan terma-terma rujukan, tanggubgjawab dan bidang tugas Warden di MRSM.
“Inisiatif ini penting untuk memastikan pembangunan sahsiah, disiplin dan akhlak pelajar-pelajar MRSM sentiasa dapat diperkasakan.
“Inisiatif ini juga seiring dengan falsafah pendidikan yang mahu melahirkan generasi yang cemerlang secara holistik dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,” ujarnya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








