JENAYAH & MAHKAMAH

Mangsa dikelar bekas teman lelaki sudah beri keterangan

SUBANG JAYA – Polis sudah merakam keterangan penuntut kolej swasta yang dikelar bekas teman lelakinya dalam satu kejadian di sebuah universiti swasta, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, proses rakaman pecakapan itu dibuat setelah mangsa berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Wan Azlan turut memberitahu, suspek yang juga penuntut universiti sama disambung reman bermula semalam sehingga 21 Julai.

“Reman ke atas suspek tamat semalam dan disambung sehingga 21 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Laporan media sebelum ni menyebut, pihak polis sudah merakam keterangan 12 individu bagi membantu siasatan

Motif kejadian, katanya, berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek kerana dituduh menghalang mangsa daripada keluar dari rumah.

Suspek merupakan lelaki warga asing berusia 21 tahun disyaki mencederakan mangsa wanita berusia 20 tahun yang juga warga asing menggunakan pisau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button