BERITA SEMASASUKAN

Man Utd terbang ke Malaysia

MANCHESTER – Setelah menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris menewaskan Aston Villa 2-0 di Old Trafford malam tadi, pasukan Manchester United bergegas terbang ke Malaysia bagi melakukan jelajah pra-musim.

Difahamkan, United dibayar sekitar 8 juta pound (RM45.74 juta) untuk jelajah berkenaan, yang menampilkan perlawanan di Kuala Lumpur dan Hong Kong.

Bayaran itu mungkin terlalu kecil bagi mengimbangi kerugian hampir 85 juta pound (RM486.06 juta) susulan gagal ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas tewas kepada Tottenham pada final Liga Europa, minggu lepas.

Untuk rekod, United akan memulakan jelajah pra-musim bertemu ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini.

Dua hari kemudian, mereka akan menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong.

“Kali terakhir kelab ke Kuala Lumpur pada tahun 2009, dan Hong Kong pada tahun 2013, tetapi ikatan antara United dan jutaan peminat setia di Asia sentiasa kukuh,” kata United.

United yang pernah dianggap sebagai gergasi bola sepak Eropah menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, di tangga ke-15.

Dalam perlawanan malam tadi, United menundukkan Aston Villa 2-0, hasil jaringan Amad Diallo dan Christian Eriksen.

Skuad Manchester United ke Kuala Lumpur:

Penjaga gol: Andre Onana, Altay Bayindir, Tom Heaton

Pertahanan: Harry Amass, Dan Armer, Diogo Dalot, Matthijs de Ligt, Patrick Dorgu, Jonny Evans, Tyler Fredricson, Ayden Heaven, Jaydan Kamason, Godwill Kukonki, Harry Maguire, Reece Munro, Luke Shaw

Tengah: Casemiro, Toby Collyer, Bruno Fernandes, Tyler Fletcher, Sekou Kone, Kobbie Mainoo, Jack Moorhouse, Mason Mount, Jim Thwaites, Manuel Ugarte

Penyerang: Alejandro Garnacho, Amad Diallo, Rasmus Hojlund, Shea Lacey, Chido Obi, Joshua Zirkzee.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button