Malaysia kongsi inisiatif pendidikan digital pada Mesyuarat Menteri Pendidikan APEC Ke-7 di Korea Selatan
JEJU – Malaysia terus memainkan peranan aktif di peringkat antarabangsa dalam bidang pendidikan melalui penyertaan Mesyuarat Menteri Pendidikan APEC Ke-7 yang berlangsung di Jeju, Korea Selatan baru-baru ini.
Mesyuarat bertemakan Bridging Educational Gaps and Promoting Inclusive Growth in the Era of Digital Transformation itu menyaksikan Malaysia diwakili Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Zainal Abas.

Kementerian Pendidikan melalui satu kenyataan di Facebook berkata, mesyuarat tersebut memberi fokus kepada isu-isu utama dalam pendidikan serantau.
Ia termasuk keperluan untuk meningkatkan kecekapan digital, memperkukuh penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam bilik darjah serta usaha merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar.
Seramai 400 delegasi dari 21 negara anggota APEC hadir dalam persidangan tersebut, menandakan komitmen bersama dalam membina sistem pendidikan yang lebih inklusif dan sejajar dengan era transformasi digital global.
“Dalam sesi perkongsian, Zainal telah membentangkan pelbagai inisiatif dan pengalaman Malaysia termasuk pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital, pembangunan pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dan penggunaan teknologi digital serta AI dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).
BACA : Malaysia-Korea Selatan tubuh Jawatankuasa Kerja Bersama fokus gerakkan MoU pendidikan tinggi
“Beliau turut mengetengahkan inisiatif naik taraf Pusat Kegiatan Guru (PKG) sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang menyokong pembangunan profesional berterusan guru selaras dengan aspirasi pendidikan digital negara.
“Malaysia akan terus memainkan peranan penting di peringkat antarabangsa dalam usaha untuk meningkatkan pendidikan negara dan pada masa sama mengukuhkan jalinan kerjasama strategik dengan negara lain,” kata kenyataan itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
