TIADA kerajaan yang sempurna kerana setiap sistem, walau direka sebaik mana sekalipun, tetap mempunyai kelemahannya sendiri. Dakwaan rasuah, kesilapan dasar dan kitaran ketidakpercayaan awam adalah sebahagian daripada realiti politik.
Apa yang membezakan sesuatu era pemerintahan bukanlah akibat kelemahan sedemikian tetapi disebabkan oleh skala dan betapa serentaknya ia terjadi.
Malaysia hari ini berada di ambang krisis yang tidak pernah berlaku dalam sejarahnya apabila berdepan dengan keretakan pelbagai institusi yang berlaku serentak dan pada skala yang tidak pernah dihadapi oleh mana-mana kerajaan sebelum ini.
1. Apabila Institusi Gagal Secara Serentak
Satu kontroversi tidak menjatuhkan sesebuah negara, tetapi pola kegagalan berulang kali yang merentasi tonggak-tonggak utama pemerintahan boleh menyebabkannya.
Keadaan Malaysia hari ini tercermin melalui 13 kegagalan kritikal:
- Kebebasan media semakin menyusut, dengan tokoh reformasi seperti Datuk S. Ambiga kini menyifatkannya sebagai pentadbiran paling diktator dalam sejarah moden.
- Pertimbangan dasar luar semakin lemah, digambarkan melalui krisis ART yang Tan Sri Tommy Thomas sebut sebagai paling buruk sejak Merdeka.
- Kredibiliti serantau kian terhakis, apabila suara berpengaruh di Thailand dan Indonesia menggambarkan Malaysia bertindak umpama ‘klien’ Amerika Syarikat, menjejaskan reputasi diplomatik negara yang sebelum ini cemerlang.
- Tadbir urus kewarganegaraan goyah, terserlah apabila atlet Malaysia sendiri tidak mampu bertutur bahasa kebangsaan, sekali gus menimbulkan persoalan tentang legitimasi negara.
- Pengawasan keselamatan awam merosot, ditunjukkan melalui letupan gas Putra Heights yang tragik. Insiden berkenaan merupakan antara yang terburuk dalam sejarah negara dan mendedahkan kegagalan regulatori yang mendalam.
- Keyakinan terhadap kehakiman merudum, susulan penarikan semula kes seorang Timbalan Perdana Menteri meskipun wujud dapatan prima facie dan keterangan meluas.
- Kestabilan eksekutif melemah, dibuktikan dengan peletakan jawatan serentak dua menteri kanan, sesuatu yang belum pernah berlaku.
- Tadbir urus pendidikan merosot, dengan tragedi berulang di sekolah dan tingkah laku menteri yang semakin tidak konsisten, sekali gus menghakis keyakinan awam.
- Koheren dasar runtuh, sebagaimana kegagalan PADU, T15 dan inisiatif lain yang tidak mempunyai disiplin strategik.
- Reformasi institusi terbantut, ditunjukkan apabila kuasa eksekutif dan kewangan kembali terkumpul setelah Perdana Menteri mengambil semula portfolio Menteri Kewangan.
- Ambang fiskal semakin sempit, dengan hutang negara menghampiri had statutori.
- Integriti maklumat pecah, ditonjolkan apabila Perdana Menteri memetik sumber TikTok palsu di Parlimen.
- Tragedi awam diurus tanpa ketelusan, seperti dalam kes kematian Zara Qairina dan Shamsul Harith. Kedua-dua kes berkenaan melibatkan jurang penjelasan, soalan tanpa jawapan dan percanggahan prosedur yang memberi trauma keluarga dan melemahkan kepercayaan nasional, mencerminkan sistem yang tidak lagi mampu mengurus krisis dengan jelas atau berintegriti.
- Gabungan kegagalan demikian bukan setakat kelemahan pentadbiran semata-mata, tetapi menandakan terdapat keretakan dalam struktur.
2. Tiada Preseden Dalam Sejarah Malaysia
Malaysia pernah berdepan kontroversi besar. Contohnya, era Mahathir dikritik kerana dakwaan autoritarian, manakala Najib tumbang akibat 1MDB. Muhyiddin berdepan isu Jana Wibawa serta pandemik global, Ismail Sabri berdepan persoalan pembiayaan politik dan Abdullah Ahmad Badawi pula ditegur kerana kelonggaran, bukan salah laku.
Namun, pada saat terburuk sekali pun, setiap krisis terdahulu bertumpu kepada satu garis kesalahan utama.
Apa yang dihadapi negara hari ini jauh berbeza.
Kerajaan kini menanggung semua paksi kegagalan utama secara serentak, daripada segi tadbir urus, institusi, keselamatan awam, perpaduan, pendidikan, diplomasi, fiskal dan kepercayaan rakyat dengan semuanya tertekan dalam saat politik yang sama.
Inilah yang menjadikan era sekarang berbeza daripada mana-mana zaman dalam sejarah Malaysia.
Kebimbangan ketika ini bukan sekadar kerana wujudnya kegagalan, tetapi keserentakan, keterhubungan, dan kedalaman kerosakan yang menembusi asas-asas negara.
3. Ilusi Keselesaan Melalui Angka
Kerajaan boleh mempamerkan peningkatan pelaburan, pengembangan KDNK dan projek mega yang mengagumkan. Angka-angka demikian boleh jadi tepat tetapi ia tidak mengimbangi hakisan struktur negara.
Sejarah geopolitik sudah jelas, sebagai contoh di Argentina, Turki dan Sri Lanka yang merekodkan pertumbuhan ekonomi cemerlang tepat pada saat asas institusi mereka semakin lemah.
Pasaran meraikan kejayaan itu, tetapi negara secara senyap kehilangan koheren, kredibiliti dan kapasiti.
Malaysia kini bergerak ke arah yang sama.
Tiada jumlah prestasi ekonomi yang boleh menstabilkan negara apabila seni bina pemerintahannya sedang runtuh.
Apabila integriti institusi terhakis, leverage geopolitik, keyakinan pelabur dan kestabilan domestik pasti menyusul.
SOALAN YANG MALAYSIA HARUS HADAPI
Bahaya terbesar yang dihadapi negara hari ini bukan satu skandal tunggal. Ia adalah pembiasaan terhadap kegagalan.
Sebuah negara mampu bertahan daripada kekecewaan tetapi ia tidak akan mampu bertahan apabila institusi yang menyatukannya mulai reput.
Negara tidak tumbang kerana skandal. Ia tumbang apabila jentera negara tidak lagi mampu berfungsi sebagai sebuah negara.
PRU16 akan menjadi lebih daripada pertandingan parti. Ia akan menjadi penentuan arah Malaysia.
Sama ada negara pulih atau terus merosot bergantung pada pengiktirafan terhadap keretakan ini, sekarang, sebelum kerosakan menjadi tidak dapat diperbaiki.
Masalah ini bukan sekadar politik tetapi malangnya, eksistensial.
ARTIKEL DITERJEMAH DARIPADA ARTIKEL ASAL OLEH
* Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Malaysia Tribune
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








