LUAR NEGARA

Mahkamah Perlembagaan tentukan nasib PM Thailand petang ini

BANGKOK – Mahkamah Perlembagaan Thailand akan memutuskan nasib Perdana Menteri, Srettha Thavisin petang ini, sama ada beliau dipecat atau sebaliknya, kira-kira selepas setahun memegang jawatan itu.

Srettha yang juga hartawan hartanah tanpa pengalaman politik, dikatakan melanggar Perlembagaan dengan memberi jawatan menteri kepada bekas peguam yang pernah dipenjara.

Jika Srettha disingkirkan, Parlimen Thailand yang mempunyai 500 kerusi mesti bersidang untuk memilih perdana menteri baharu.

Srettha bagaimanapun menafikan salah laku dalam melantik bekas peguam Shinawatra, Pichit Chuenban, yang pernah dipenjarakan sementara kerana menghina mahkamah pada 2008 atas dakwaan yang tidak pernah dibuktikan, iaitu cubaan merasuah kakitangan mahkamah.

Minggu lalu, Mahkamah Perlembagaan membubarkan Parti Move Forward, parti pembangkang yang sangat popular dengan kempen mereka untuk memperbaharui undang-undang menghina sistem raja.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button