Mahkamah Perlembagaan gantung tugas PM Thailand
BANGKOK – Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini menggantung tugas Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra sementara menunggu hasil siasatan berhubung panggilan telefon yang bocor dengan bekas pemimpin Kemboja.
Panel hakim yang bersidang sebulat suara bersetuju untuk menerima petisyen yang menuduh beliau melanggar etika dan dengan undian 7-2 memutuskan supaya beliau digantung daripada menjalankan tugas sebagai perdana menteri, lapor portal SCMP.
Mahkamah turut memberi tempoh 15 hari kepada Paetongtarn untuk membela diri.
Setakat ini, tiada reaksi segera daripada Paetongtarn susulan keputusan berkenaan.
Beliau bagamanapun dipetik sebagai berkata semalam, akan menerima dan mematuhi proses undang-undang, walaupun tidak mahu tugasannya terganggu.
Paetongtarn berdepan ketidakpuasan hati yang semakin meningkat susulan cara beliau menangani pertikaian sempadan terbaharu dengan Kemboja, yang melibatkan insiden pertempuran bersenjata pada 28 Mei lalu dan mengorbankan seorang askar Kemboja.
Panggilan telefon yang bocor ketika beliau menjalankan usaha diplomasi berkaitan pertikaian itu mencetuskan pelbagai aduan dan protes awam.
Kemarahan terhadap panggilan itu berpunca daripada kenyataan Paetongtarn terhadap seorang komander tentera wilayah yang lantang bersuara serta tindakannya yang dilihat cuba memujuk Presiden Senat Kemboja, Hun Sen, bagi meredakan ketegangan di sempadan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







