Luar Negara

Warga emas maut, dua cedera dalam insiden amuk di Felda Jengka 2

MARAN – Seorang lelaki warga emas maut manakala dua individu cedera selepas berlaku insiden amuk di sebuah rumah di Felda Jengka 2, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, suspek dikenali sebagai Hasdi Abdul, 57, dikatakan mengamuk secara tiba-tiba sebelum menikam dua mangsa menggunakan sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita pada pukul 10.15 pagi yang memaklumkan mengenai kejadian pergaduhan di lokasi berkenaan.

“Bertindak atas maklumat sepasukan polis telah ke lokasi dan menemui suspek dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan tangan dan kaki terikat.

“Dua mangsa lain mengalami kecederaan akibat ditikam dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek bertindak agresif secara tiba-tiba sebelum berjaya ditahan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

“Suspek disahkan meninggal dunia dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button