
Wanita warga emas Malaysia meninggal dunia kemalangan
SUNGAI GOLOK – Seorang wanita Malaysia maut manakala dua lagi cedera apabila kereta Perodua Axia yang dinaiki mereka terbabas lalu melanggar tiang elektrik, di sini hari ini.
Kemalangan itu berlaku di Lubo Lue Song berhampiran Mundok, di sini, sekitar pukul 3.15 petang (waktu tempatan), lapor NST.
Mangsa yang maut dikenalpasti sebagai Che Azizah Mohd Daim, 62 tahun, dari Jerteh, Terengganu.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Menurut Timbalan Ketua Polis Mundok, Lt Kol Teepakorn Thitichayakul, ketika kejadian, kereta tersebut sedang dalam perjalanan dari Tanjung Mas, Narathiwat ke bandar Sungai Golok.
“Pemandu berusia 35 tahun dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan tersebut,” katanya.
Pemandu dan seorang lagi penumpang berusia 65 tahun mengalami kecederaan parah.
“Kedua-duanya dihantar ke Hospital Sungai Golok untuk mendapatkan rawatan,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |