LUAR NEGARA

Ujian Starship SpaceX gagal lagi

WASHINGTON – Ujian penerbangan Starship milik SpaceX sekali lagi berdepan kegagalan apabila roket berkenaan hilang kawalan lalu musnah di angkasa dalam ujian kesembilannya.

Menurut SpaceX, ujian itu dilaksanakan susulan penambahbaikan yang dibuat selepas kegagalan peringkat atas roket dalam ujian yang dilaksanakan Januari dan Mac lalu.

“Seolah-olah ujian penerbangan ini belum cukup mendebarkan, Starship mengalami kegagalan struktur secara tiba-tiba atau ‘rapid unscheduled disassembly’.

“Pasukan kami akan terus meneliti data dan bersedia untuk ujian penerbangan seterusnya.

“Dalam ujian seperti ini, kejayaan diukur melalui pelajaran yang diperoleh dan ujian hari ini akan membantu kami meningkatkan kebolehpercayaan Starship…,” kata SpaceX dalam kenyataan di platform X.

Roket setinggi 400 kaki itu berlepas pukul 7.37 malam waktu Timur (2337GMT) dari tapak pelancaran SpaceX Starbase di Boca Chica, Texas, selepas mendapat kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button