
Trump secara terbuka cadang pertukaran rejim di Iran
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, secara terbuka membayangkan pertukaran kerajaan di Iran.
Dalam satu hantaran di platform Truth Social miliknya malam tadi, Trump menulis: “Tidak wajar secara politik untuk menggunakan istilah ‘Pertukaran Rejim’, tetapi jika Rejim Iran semasa tidak mampu MENJADIKAN IRAN HEBAT SEMULA, mengapa tidak berlaku pertukaran rejim? MIGA!”
Pandangan itu nyata berbeza daripada apa yang diperkatakan pegawai kanan pentadbiran AS yang memberi jaminan matlamat serangan ke atas kompleks nuklear Iran semalam bukan untuk menggulingkan kerajaan negara itu.
Antaranya, Naib Presiden AS JD Vance memberitahu rancangan Meet the Press di NBC, “Kita tidak berperang dengan Iran,” manakala Setiausaha Negara AS Marco Rubio menyifatkan serangan tersebut “bukan langkah untuk pertukaran rejim.”
Sementara itu, menurut Times of Israel yang memetik kenyataan pegawai kesihatan dan pihak hospital, serangan peluru berpandu Iran telah meragut 24 nyawa dan mencederakan ribuan lagi.
Setakat awal pagi tadi (waktu tempatan), pasukan tentera zionis telah menembak jatuh sebuah dron yang dilancarkan ke arah bandar selatan Eilat sebelum ia sempat memasuki wilayah Israel.
Tiada siren amaran dibunyikan semasa insiden itu berlaku.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |