
Tiga pendaki maut disambar petir ketika mendaki di Austria
VIENNA – Siapa sangka aktiviti pendakian yang penuh keseronokan bertukar tragedi apabila tiga pendaki maut akibat disambar petir di kawasan pergunungan Tyrol, di sini hujung minggu lalu.
Menurut laporan Agensi Berita Jerman, mangsa terdiri daripada sepasang suami isteri yang masing-masing berusia 60 tahun, serta abang kepada wanita tersebut yang berusia 62 tahun.
Pihak polis berkata, kejadian berlaku pada hari Ahad ketika ketiga-tiga mangsa mendaki Gunung Mittagsspitze yang berketinggian 2,600 meter di bahagian barat negara itu.
“Bagaimanapun, cuaca buruk memaksa mereka berpatah balik.
“Apabila kumpulan itu tidak pulang seperti dijangka, ahli keluarga yang bimbang segera menghubungi pihak berkuasa tempatan untuk bantuan,” menurut laporan tersebut.
Pasukan penyelamat yang menggunakan helikopter kecemasan berjaya menemui ketiga-tiga mayat berhampiran laluan bertanda pada ketinggian sekitar 2,300m.
Pemeriksaan perubatan kemudian mengesahkan ketiga-tiga mangsa meninggal dunia akibat disambar petir.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |