Luar Negara

Terpengaruh ideologi ekstremisme, pelajar 18 tahun ditahan dibawah ISA

Rancang serang orang Melayu, penduduk Islam di Singapura

SINGAPURA – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Singapura menahan seorang pelajar berumur 18 tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), setelah didapati terpengaruh dengan ideologi ekstremis

Pelajar itu yang dinamakan sebagai Nick Lee Xing Qiu yang berasal daripada etnik Cina, dilaporkan berhasrat melancarkan serangan terhadap orang Melayu dan penduduk Islam di Singapura, lapor Channel News Asia (CNA) semalam.

Menurut ISD, pelajar itu didapati taasub dengan idea bahawa etnik Cina, Korea dan Jepun adalah lebih unggul berbanding bangsa lain.

“Perintah tahanan terhadap Xing Qiu dikeluarkan pada Disember tahun lalu. Dia merupakan pemuda Singapura ketiga yang mempunyai ideologi ekstremis dan ditangani di bawah ISA,” kata ISD dalam satu kenyataan.

Siasatan mendapati, pemuda itu menyemai ideologi permusuhan terhadap orang Melayu dan Islam pada awal 2023 selepas terpengaruh dengan kandungan berunsur Islamofobia di media sosial.

Sikap ekstremis Xing Qui semakin mendalam menjelang awal 2024 sebelum dia mengembangkan permusuhan kuat terhadap orang Melayu dan Islam serta etnik lain yang secara tradisinya disasarkan oleh pelampau berhaluan kanan termasuk keturunan Yahudi, Mexico, Afrika Amerika dan India.

“Pemuda itu menyokong ketuanan kulit putih kerana merasakan Islam memberi ancaman kepada budaya kulit putih,” tambah ISD.

Pada September 2024, Xing Qui mencacah tatu ‘sonnenrad’ pada siku kanannya iaitu simbol yang digunakan oleh penyerang masjid di Christchurch, New Zealand.

Dia turut membeli baju-T dengan cetakan simbol dikaitkan dengan fahaman neo-Nazi, ketuanan kulit putih dan kumpulan pelampau berhaluan kanan yang lain.

Ketika disiasat, Xing Qui mengakui takut untuk melakukan serangan seorang diri, namun mengaku mengaku bersedia melakukan serangan bersama-sama individu lain yang dikenalinya secara online.

“Antara komplot serangannya termasuk melakukan serangan gaya Tarrant ke atas umat Islam di sebuah masjid di Singapura menggunakan senjata api buatan sendiri, pisau dan molotov koktel.

“Ekstremisme adalah kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat di seluruh dunia dan Singapura tidak terlepas daripada ancaman ini.

“ISD akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu di Singapura yang menyokong, mempromosi, menjalankan atau membuat persediaan untuk melakukan keganasan bersenjata,” tambah ISD.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button