LUAR NEGARA

Syarikat pengiklanan intip perbualan di telefon pintar bagi tujuan pengiklanan

LOS ANGELES – Sebuah syarikat pengiklanan secara tidak sengaja mengesahkan mengintip perbualan pengguna telefon pintar bagi tujuan pengiklanan.

Menurut portal bebas, 404Media, maklumat itu terkandung dalam dokumen syarikat Cox Media Group (CMG) yang tertiris di internet.

Menurut laporan itu, teknologi dinamakan sebagai ‘Active Listening’ itu digunakan bagi mendengar perbualan menerusi telefon bimbit, dan seterusnya kepintaran buatan (AI) akan mengenal pasti frasa tertentu yang kemudiannya digunakan bagi tujuan penyasaran pengiklanan.

Difahamkan, antara pelanggan CMG adalah Google, Facebook dan Amazon.

Bagaimanapun, Google difahamkan telah menggugurkan CMG daripada program rakan kongsi pengiklanan mereka sementara Amazon berkata, mereka tidak pernah atau merancang untuk bekerjasama dengan CMG di masa hadapan.

Meta, iaitu pemilik Facebook pula berkata, CMG merupakan sebuah rakan pemasaran umum tidak terlibat dalam penggunaan Active Lisening kerana ia melanggar polisi syarikat yang tidak membenarkan akses kepada mikrofon untuk melakukan penyasaran iklan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button