
Suspek letupkan Cybertruck tembak diri sendiri
LAS VEGAS – Suspek utama kejadian letupan Tesla Cybertruck di luar hotel milik Donald Trump, di sini, dipercayai menembak dirinya sendiri di kepala sebelum letupan itu.
Laporan media antarabangsa memberitahu, suspek, Matthew Livelsberger, 37, mengambil tindakan bunuh diri dalam kenderaan yang disewanya.
Sheriff Las Vegas, Kevin McMahill berkata, setakat ini pihaknya masih menyiasat motif kejadian tersebut.
Livelsberger yang difahamkan mengganggotai pasukan elit Green Beret, dipercayai memenuhkan kenderaan tersebut dengan bekas minyak dan bunga api, yang kemudiannya terbakar, mengakibatkan letupan.
McMahill dalam satu sidang akhbar berkata, Livelsberger yang dikenal pasti melalui pas tentera, pasport dan kad kreditnya, ditemukan dengan kesan tembakan di kepala manakala sepucuk pistol ditemukan di bahagian kakinya.
“Sebab dia melakukan perbuatan itu tidak diketahui buat masa sekarang,” kata Ejen Khas Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Spencer Evans.
Evans turut memaklumkan, setakat ini belum ada maklumat yang boleh mengaitkan suspek dengan mana-mana pertubuhan pengganas di seluruh dunia.
Sementara itu, ejen khas Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan, Kenny Cooper berkata, Livelsberger secara sah membeli dua pucuk pistol separa automatik, Isnin lepas dengan senjata itu ditemukan dalam kenderaan berkenaan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |