Sumud Nusantara: Senator dari Pakistan masih ditahan rejim zionis
CYBERJAYA – Salah seorang peserta misi Sumud Nusantara, Senator Mushtaq Ahmed Khan dari Pakistan masih belum dibebaskan pihak rejim zionis.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Sumud Nusantara, Nadir Al-Nuri, hari ini.
“Kami menyeru seluruh masyarakat antarabangsa, pertubuhan hak asasi manusia, dan rakyat Malaysia untuk bersama menuntut pembebasan segera Senator Mushtaq Ahmed Khan serta semua aktivis Global Sumud Flotilla yang masih ditahan oleh rejim Zionis.
“Sumud Nusantara menegaskan bahawa penahanan ini adalah tindakan tidak berperikemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa, kerana semua peserta flotilla adalah aktivis awam yang menjalankan misi kemanusiaan secara aman dan undang-undang antarabangsa,” kata Nadir di Facebook.
Sementara itu, media Pakistan melaporkan, Mushtaq merupakan salah seorang daripada lima warga Pakistan yang ditahan secara tidak sah di perairan antarabangsa ketika menyertai misi kemanusiaan ke Gaza tersebut. Khamis lalu, lapor portal The Express Tribune semalam.
Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan berkata, kerajaannya menerusi bantuan sebuah negara Eropah yang tidak dinamakan, sedang berusaha untuk mendapatkan pembebasan rakyatnya secepat mungkin.
“Kami dimaklumkan bahawa selaras dengan prosedur tempatan, Mushtaq akan dibawa ke mahkamah. Setelah perintah deportasi dikeluarkan, proses penghantarannya pulang akan dipermudah melalui kaedah fast-track,” kata kenyataan itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








