
Serangan jejas kredibiliti Washington dalam arena diplomasi – Duta China
NEW YORK – Serangan Amerika Syarikat (AS) terhadap kemudahan nuklear Iran scara langsung telah menjejaskan kredibiliti Washington dalam arena diplomasi antarabangsa.
Duta China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong berkata, Beijing bimbang situasi itu “mungkin menjadi tidak terkawal.”
Beliau berkata demikian ketika sesi khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pagi tadi (waktu Malaysia).
Tambahnya, semua pihak perlu menahan diri daripada menggunakan kekerasan, mengelak daripada memburukkan lagi konflik dan tidak menambahkan ketegangan.
Beliau turut menegaskan, pihak-pihak tertentu khususnya Israel, “harus segera menghentikan serangan bagi mengelakkan keadaan terus meruncing dan menular menjadi peperangan yang lebih besar.”
“Dalam isu ini, Iran turut mengalami kerugian, tetapi kredibiliti Amerika Syarikat juga terjejas, baik sebagai sebuah negara mahupun sebagai pihak dalam sebarang rundingan antarabangsa,” katanya dalam sesi berkenaan.
Dalam perkembangan berasingan, Kedutaan China di Iran memaklumkan bahawa sebahagian besar rakyat China di Iran telah dipindahkan dengan selamat, manakala mereka yang masih berada di negara itu tidak berada di kawasan berisiko tinggi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |