
DONETSK – Serangan berterusan Rusia ke atas wilayah timur Ukraine sejak kelmarin, menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh.
Laporan al-Jazeera menyebut, di Dobropillia, wilayah Donetsk, satu serangan pada Jumaat malam menyebabkan 11 orang terbunuh dan 30 cedera.
Serangan itu turut merosakkan lapan bangunan apartmen lima tingkat, sebuah bangunan pentadbiran, dan 30 kenderaan.
Laporan itu turut berkata, pasukan penyelamat sedang menjalankan usaha menyelamat mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan apabila serangan susulan berlaku.
Dobropillia terletak kira-kira 20 kilometer dari garis hadapan, berhampiran bandar Pokrovsk, yang menjadi medan pertempuran sengit selama beberapa bulan.
Sementara itu, di wilayah Kharkiv, sekurang-kurangnya tiga orang maut dan tujuh cedera dalam serangan dron Rusia ke atas sebuah bangunan kediaman di Bogodukhiv, menurut gabenor Kharkiv, Oleh Synehubov, di Telegram.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |