Luar Negara

ROKAF gantung tugas dua juruterbang

SEOUL – Pihak Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF) semalam mengumumkan dua juruterbang yang terlibat dalam insiden menggugurkan bom secara tidak sengaja ketika latihan bulan lalu, digantung tugas selama satu tahun.

Menurut agensi Yonhap, dua komander unit terlibat turut dipecat, kerana didapati gagal memberikan arahan khusus kepada anggota bawahan mereka.

ROKAF dalam satu kenyataan berkata, keputusan penggantungan itu adalah kerana siasatan insiden berkenaan masih berjalan dan semakan kelayakan tambahan akan dilakukan selepas kementerian pertahanan selesai menjalankan siasatan.

Di bawah proses semakan disiplin, individu yang bertanggungjawab atas salah laku boleh dikenakan hukuman penggantungan tugas termasuk pemecatan.

Keputusan siasatan awal mendapati, kejadian tersebut berpunca daripada kesilapan  juruterbang yang memasukkan koordinat yang salah pada peralatan pesawat.

Dalam kejadian pada 6 Mac lalu, dua jet pejuang KF-16 menggugurkan lapan butir bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon, kira-kira 40 kilometer di utara Seoul, semasa latihan menembak menggunakan bom sebenar, menyebabkan 52 orang cedera, termasuk 38 orang awam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button