Rishi Sunak kutuk serangan Iran terhadap Israel
LONDON – Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak mengutuk sekeras-kerasnya serangan melulu Iran terhadap Israel awal pagi tadi.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, Britain akan terus mempertahankan keselamatan Israel dan semua rakan serantaunya, termasuk Jordan dan Iraq.
“Bersama sekutu kami, kami sedang berusaha segera untuk menstabilkan keadaan dan mencegah peningkatan selanjutnya. Tiada siapa yang mahu melihat lebih banyak pertumpahan darah,” katanya.
Terdahulu, Iran melancarkan lebih 200 dron dan peluru berpandu ke arah Israel dan serangan itu ‘berterusan’, kata jurucakap tentera Israel pada awal pagi tadi.
Menurut Laksamana Muda Daniel Hagari, Iran menghantar sejumlah besar lebih 200 dron pembunuh, peluru berpandu balistik dan peluru berpandu jenis ‘cruise missile’.
Iran berikrar membalas dendam atas apa yang disebutnya sebagai ‘jenayah April dalam serangan Israel ke atas konsulat Damsyik’ yang mengorbankan tujuh pegawai anggota IRG termasuk dua komander kanan.
Israel bagaimanapun tidak mengesahkan mahupun menafikan bertanggungjawab ke atas serangan konsulat itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






