
Remaja Singapura ditahan, rancang serangan keganasan
SINGAPURA – Seorang remaja Singapura berusia 15 tahun menjadi individu yang termuda ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkaitan dengan aktiviti keganasan di sini.
Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) republik itu, remaja lelaki yang meradikalkan dirinya sendiri menerima Perintah Tahanan (OD) pada Disember 2022.
“Siasatan mendapati dia terpengaruh dengan propaganda pengganas dalam talian dan menyokong kumpulan militan Daesh,” memetik laporan Bernama.
Dia juga merupakan pelajar tingkatan tiga sekolah menengah, merancang untuk melakukan serangan di Singapura dan menyimpan hasrat untuk menubuhkan khalifah Islam dengan cara keganasan.
“Dia individu paling muda setakat ini yang ditahan mengikut ISA untuk aktiviti berkaitan keganasan,” lapor kenyataan jabatan itu dikeluarkan di laman sesawang Kementerian Dalam Negeri.
Remaja itu akan menjalani kaunseling agama intensif dengan dua kaunselor agama dari Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).
Untuk rekod, sejak 2015, ISD sudah menangani 11 kes membabitkan golongan muda Singapura berusia 20 tahun ke bawah dengan kesemuanya meradikalkan diri mereka menerusi dalam talian.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |