LUAR NEGARA

Rejim zionis guna bom 500 paun serang cafe penuh sesak di Tebing Gaza

LONDON – Tentera rejim zionis dipercayai menggugurkan bom seberat 500 paun (230 kilogram) ketika menyerang sebuah kafe tepi pantai yang penuh sesak di Tebing Gaza, Isnin lepas.

Menurut Guardian, dapatan itu berdasarkan gambar serpihan bahan letupan dipercayai berasal daripada bom yang digunakan dalam serangan yang membunuh antara 24 hingga 36 rakyat Palestin itu, lapor The Guardian.

Pakar undang-undang antarabangsa berkata penggunaan bahan letupan seumpama itu hampir pasti melanggar undang-undang dan mungkin merupakan satu jenayah perang kerana sasaran tersebut diketahui mempunyai ramai orang awam yang tidak dilindungi termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas,

Serpihan senjata dari runtuhan kafe al-Baqa yang diperolehi The Guardian dikenal pasti oleh pakar persenjataan sebagai komponen bom MK-82 seberat 230kg, buatan Amerika Syarikat (AS) yang sering digunakan dalam pelbagai kempen pengeboman sejak beberapa dekad lalu.

Kawah besar akibat letupan bom tersebut turut mengesahkan penggunaan bom besar dan berkuasa seperti MK-82, menurut dua pakar persenjataan.

Jurucakap tentera rejim zionis bagaimanapun berkata, serangan ke atas kafe itu sedang disemak semula dan “sebelum serangan dilancarkan, beberapa langkah telah diambil untuk mengurangkan risiko mencederakan orang awam melalui pemantauan udara.”

Pegawai perubatan dan lain-lain memaklumkan antara 24 hingga 36 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan itu, manakala puluhan lagi cedera.

Antara yang terkorban termasuk seorang pembikin filem dan artis terkenal, seorang suri rumah berusia 35 tahun, serta seorang kanak-kanak berusia empat tahun.

Mangsa yang cedera pula termasuk seorang budak lelaki berumur 14 tahun dan seorang budak perempuan berusia 12 tahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button