
Putin, Menteri Luar Iran adakan pertemuan
MOSCOW – Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin bagi membincangkan mengenai situasi terkini di Asia Barat susulan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga kompleks nuklearnya, semalam.
Dalam pertemuan di Kremlin itu, Araghchi menyampaikan penghargaan kepada Rusia kerana tegas mengutuk tindakan Washington dan Tel Aviv, sambil menegaskan bahawa Tehran mempunyai hak untuk mempertahankan diri.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Rusia kerana mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini. Rusia hari ini berada di pihak yang benar dalam sejarah dan undang-undang antarabangsa,” kata Araghchi kepada Putin, memetik laporan portal Sputnik International.
Beliau turut menyampaikan salam dan penghargaan daripada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei serta Presiden Masoud Pezeshkian kepada pemimpin Rusia itu.
“Saya berharap hari ini kita dapat berbincang secara menyeluruh mengenai semua isu berkaitan insiden ini,” tambahnya.
Menurut Araghchi, serangan oleh AS dan Israel bukan sahaja tidak sah dari segi undang-undang antarabangsa, malah menyumbang kepada peningkatan ketegangan di Timur Tengah.
Sementara itu, Presiden Putin dalam pertemuan tersebut menegaskan bahawa serangan terhadap Iran merupakan satu bentuk pencerobohan yang tidak berasas.
“Agresi terhadap Iran tanpa provokasi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan tiada justifikasi,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |