[VIDEO] Presiden Korea Selatan, PM Jepun santai main dram
SEOUL – Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung dan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, mencuri perhatian ramai dengan sesi santai bermain dram mengiringi lagu K-pop popular.
Rakaman video yang dikeluarkan Pejabat Presiden Korea Selatan itu memaparkan kedua-dua pemimpin bermain dram mengiringi lagu Dynamite oleh kumpulan K-pop BTS, selain Golden daripada muzikal animasi Netflix K-pop Demon Hunters.
@malaysiatribune Sidang kemuncak dua hala Jepun–Korea Selatan mencuri perhatian apabila Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, dan Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung, mengakhiri pertemuan hari pertama mereka dengan sesi santai bermain dram mengiringi lagu Dynamite oleh kumpulan K-pop BTS, selain Golden daripada muzikal animasi Netflix K-pop Demon Hunters. #malaysiatribune #beritasemasa #jepun #korea #drum
Video tersebut difahamkan dirakam ketika kedua-dua pemimpin tersebut mengakhiri hari pertama sidang kemuncak dua hala Jepun–Korea Selatan.
Takaichi, yang dikenali sebagai peminat dram dan muzik heavy metal, memuji kebolehan Jae-myung yang pantas menyesuaikan diri dengan alat muzik berkenaan, sambil menyifatkan detik itu sebagai simbol hubungan mesra antara kedua-dua negara.
“Presiden belajar bermain dram hanya dalam lima hingga 10 minit.” kata Takaichi.
Pada hari kedua sidang kemuncak, Lee dan Takaichi meneruskan agenda rasmi dengan mengadakan lawatan ke Kuil Horyuji di Wilayah Nara, iaitu kampung halaman Takaichi.
Dalam kenyataan bersama, kedua-dua pemimpin berkata perbincangan dua hala mereka merangkumi isu rantaian bekalan industri, kecerdasan buatan (AI), penyah-nuklearan Semenanjung Korea serta kerjasama dengan sekutu bersama mereka, Amerika Syarikat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








