LUAR NEGARA

Presiden Bangladesh arah bekas PM Khaleda Zia dibebas dari penjara

NEW DELHI – Presiden Bangladesh, Mohammed Shahabuddin mengarahkan supaya pemimpin pembangkang, Begum Khaleda Zia yang sedang dipenjarakan, dibebaskan.

Arahan pembebasan Khaleda Zia, 79, dikeluarkan beberapa jam selepas Perdana Menteri, Sheikh Hasina meletak jawatan dan melarikan diri ke India.

Khaleda yang juga bekas perdana menteri, merupakan seteru politik Hasina.

Beliau yang sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara berhubung kes rasuah dengan Parti Kebangsaan Bangladesh (BNP) yang dipimpinnya, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai palsu dan bermotif politik.

Beliau kini dalam keadaan kesihatan yang kurang baik.

Shahabuddin berkata, parlimen akan dibubarkan tidak lama lagi dan sebuah kerajaan sementara akan dibentuk.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button