LUAR NEGARA

Pope Francis meninggal dunia

VATICAN CITY – Ketua Gereja Katolik, Pope Francis meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kematian mendiang diumumkan oleh Kardinal Kevin Farrell dalam satu kenyataan, hari ini, lapor Sky News.

Kenyataan itu berkata, mendiang meninggal dunia kira-kira pukul 7.35 pagi tadi (waktu Vatican City) tanpa menyebut punca kematiannya.

Mendiang sebelum ini sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat penyakit yang dikaitkan dengan saluran pernafasan dan keadaan darah.

Pada 14 Februari, mendiang dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan akibat jangkitan bronkitis.

Beberapa hari kemudian, pihak Vatican memaklumkan beliau disahkan menghidap radang paru-paru dan diberi pemindahan darah susulan keputusan ujian yang menunjukkan paras platelet dalam darahnya rendah, simptom yang berkaitan dengan anemia.

Pada 22 Februari, Vatikan mengumumkan mendiang berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami masalah pernafasan yang berpanjangan, dan memerlukan bantuan oksigen beraliran tinggi.

Vatican dalam satu kenyataan keesokan harinya memaklumkan mendiang turut menunjukkan tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button