Polis Indonesia giat siasat insiden letupan di SMAN 72
JAKARTA – Pasukan keselamatan sedang menyiasat insiden letupan yang berlaku di kawasan masjid Sekolah Menengah Atas Negeri 72 Jakarta, Kelapa Gading, tengah hari tadi.
Menurut media tempatan, insiden berlaku sekitar pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan, ketika pelajar dan kakitangan berada di pekarangan sekolah.

Menurut laporan awal, beberapa pelajar dilaporkan mengalami kecederaan ringan hingga sederhana dan telah dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
Pasukan pemusnah bom (Jihandak) bersama anggota Polis Sektor Kelapa Gading bergegas ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan serta mengawal kawasan kejadian.
Kawasan sekolah tersebut kini dipasang pita keselamatan bagi mengehadkan pergerakan orang awam ke kawasan yang sedang disiasat.
Hasil pemeriksaan awal menemukan beberapa objek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan bahan letupan, namun pihak berkuasa menegaskan bahawa jenis dan sumber sebenar letupan masih dalam siasatan lanjut.
Difahamkan, pemeriksaan di lokasi turut menemukan dua senjata api dan pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada senjata itu mempunyai kaitan dengan insiden letupan tersebut.
Polis juga sedang meneliti kemungkinan insiden itu mempunyai unsur jenayah, namun menegaskan belum ada kesimpulan dibuat sehingga hasil forensik dan siasatan lengkap diperoleh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








