
Polis buka kertas siasatan pembunuhan pempengaruh remaja
ISLAMABAD – Polis sudah membuka kertas siasatan susulan pembunuhan pempengaruh media sosial, Sana Yousaf, Isnin lepas.
Pempengaruh berusia 17 tahun itu, yang mempunyai lebih sejuta pengikut di TikTok dan Instagram, ditemui dengan kesan tembakan di rumahnya, lapor portal DW.
Pembunuhan itu telah mencetuskan semula kebimbangan serius mengenai keselamatan personaliti dalam talian di Pakistan, terutamanya golongan wanita muda.
Sana, yang terkenal dengan video pendek yang menarik serta kandungan gaya hidupnya, telah mengumpul hampir 800,000 pengikut di TikTok dan kira-kira 500,000 di Instagram.
Kandungannya sering menampilkan video lucu, mesej inspirasi, serta perkongsian budaya yang sangat dekat di hati penontonnya yang muda.
Allahyarham juga dikenali sebagai seorang aktivis yang menghasilkan kandungan berkaitan budaya, hak wanita, dan pemerkasaan belia.
Menurut maklumat polis yang dipetik laman web berita Dawn, seorang lelaki memasuki rumah keluarga kira-kira pukul 5 petang Isnin lepas lalu menembak Sana sebanyak dua kali di bahagian dada.
Allahyarham kemudiannya dihantar ke hospital namun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.
Suspek dilaporkan melarikan diri dari tempat kejadian dan belum dikenal pasti secara rasmi.
Bagaimanapun, ibu Sana yang menyaksikan kejadian tersebut bersama ibu saudaranya, menggambarkan suspek sebagai seorang yang “kelihatan kemas, mempunyai fizikal dan ketinggian sederhana” serta memakai baju hitam dan seluar panjang hitam.
Kedua-dua wanita itu menyatakan mereka akan dapat mengecam suspek sekiranta dapat bersemuka.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |