
PM Kanada dijangka umum letak jawatan minggu ini
OTTAWA – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dijangka mengumumkan peletakan jawatannya minggu ini.
Laporan media tempatan menyebut, maklumat ini bersumberkan tiga pemberi maklumat yang tidak dinamakan tetapi mengetahui hal dalaman parti.
Lapor akhbar Globe, Trudeu mungkin akan mengumumkan peletakan jawatannya seawal hari ini, sebelum berlangsungnya kaukus Parti Liberal kebangsaan, Rabu ini.
Trudeu difahamkan mahu meletak jawatan susulan pertelingkahan dalaman parti, lapor Globe dan sebuah lagi akhbar, The Mail.
Trudeau,54, mengambil alih kepimpinan Parti Liberal pada 2015 dan menerajui parti berkenaan memenangi pilihan raya pada 2019 dan 2021.
Bagaimanapun beliau kini diikuti rapat pesaing utamanya dsri Parti Konservatif, Pierre Poilievre, dengan 20 mata dalam tinjauan pendapat umum.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






