Luar Negara

Perdana Menteri Slovakia ditembak

BRATISLAVA – Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat ditembak di pusat bandar hari ini.

Menurut laporan AFP, insiden itu berlaku apabila seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova, lokasi mesyuarat kerajaan diadakan.

Penyerang telah ditahan selepas melakukan serangan itu.

Selain itu, televisyen tempatan JOJ melaporkan seorang lelaki yang berada di khalayak ramai melepaskan tembakan ke arah Perdana Menteri ketika beliau keluar dari bangunan itu untuk beramah mesra dengan penduduk di bandar berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button