
Perdana Menteri Pakistan kecam India, sifatkan ‘serangan pengecut’
ISLAMABAD – Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif menyifatkan tindakan India yang menyerang negara itu sebagai ‘serangan pengecut’ di platform X.
“Pakistan berhak sepenuhnya untuk bertindak balas secara tegas terhadap serangan India yang tidak diprovokasi ini — tindak balas yang tegas sedang pun berlangsung,” tulis Sharif, lapor agensi berita Al Jazeera.
“Seluruh negara berdiri teguh di belakang angkatan tenteranya dan semangat serta tekad kami tetap tidak goyah,” tambah beliau.

Ketegangan terbaharu antara India dan Pakistan bermula selepas serangan militan pada 22 April lalu di Pahalgam, Kashmir yang dikuasai India.
Serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang awam, kebanyakannya pelancong Hindu.
India menuduh kumpulan militan yang disokong Pakistan, The Resistance Front bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Hari ini, India bertindak melancarkan Operasi Sindoor, satu siri serangan peluru berpandu ke atas sembilan lokasi di Pakistan dan Kashmir yang dikuasai Pakistan.
Negara itu mendakwa serangan ini menyasarkan infrastruktur militan dan sebagai tindak balas terhadap serangan di Pahalgam.
Setakat ini, Pakistan melaporkan sekurang-kurangnya lapan orang awam terbunuh termasuk seorang kanak-kanak, manakala 38 lagi cedera.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |