
Perang Iran-Israel: 935 terkorban sepanjang 12 hari
TEHRAN – Seramai 935 orang dilaporkan terkorban dalam tempoh 12 hari berlangsungnya perang antara Iran dan Israel, lapor media rasmi negara itu hari ini.
“Sepanjang perang 12 hari yang dilancarkan rejim Zionis terhadap negara kita, seramai 935 syahid sudah dikenal pasti setakat ini,” kata jurucakap kehakiman, Asghar Jahangir.
Jahangir dipetik berkata melalui laporan agensi berita rasmi Iran, IRNA.
Menurut beliau, angka korban itu termasuk 132 wanita dan 38 kanak-kanak.
Pada 13 Jun lalu, Israel bertindak melancarkan pengeboman besar-besaran ke atas Iran dengan menyasarkan pangkalan tentera, kemudahan nuklear serta kawasan kediaman di seluruh negara.
Serangan itu turut mengorbankan beberapa pegawai kanan tentera dan saintis atom Iran.
Sebagai tindak balas, Iran kemudian melancarkan serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan beberapa bandar utama di Israel termasuk Tel Aviv dan Haifa.
Menurut pihak berkuasa Israel, seramai 28 orang terbunuh akibat serangan balas itu.
Gencatan senjata antara Iran dan Israel telah berjalan hampir seminggu berkuat kuasa pada 24 Jun lalu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |