LUAR NEGARA

Pentadbiran Trump percepatkan bantuan ketenteraan kepada Israel

WASHINGTON – Pentadbiran Donald Trump bertindak membatalkan sekatan senjata separa ke atas Irael yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) terdahulu, Joe Biden.

Menurut Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, beliau menggunakan “kuasa kecemasan untuk mempercepatkan” penghantaran “kira-kira USD4 bilion (RM17.85 bilion) dalam bentuk bantuan ketenteraan kepada Israel”, lapor al-Jazeera.

“Keputusan untuk membatalkan sekatan senjata separa oleh Pentadbiran Biden, yang secara salah menahan sejumlah senjata dan peluru daripada Israel, adalah satu lagi tanda bahawa Israel tidak mempunyai sekutu yang lebih kuat di White House selain Presiden Trump,” kata Marco Rubio dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pentadbiran Trump telah pun meluluskan hampir USD12 bilion (RM53.55 bilion) dalam “jualan peralatan ketenteraan” kepada Israel sejak mengambilalih pentadbiran Januari lalu.

Rubio turut menyatakan bahawa pentadbiran Biden telah mengenakan “syarat yang tidak berasas dan bermotif politik terhadap bantuan ketenteraan kepada Israel pada saat sekutu rapatnya sedang berjuang untuk kelangsungan hidup di pelbagai medan menentang Iran dan proksi pengganas”.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button