LUAR NEGARA

Penerima buah pinggang babi kedua meninggal dunia

NEW YORk – Lisa Pisano, 54, penerima kedua buah pinggang babi yang diubah suai secara genetik meninggal dunia selepas kejayaan pembedahan pada April lalu.

Pisano meninggal dunia pada Ahad lalu, selepas menjalani pembedahan semula akibat kegagalan fungsi organ haiwan berkenaan.

Hospital NYU Langone Health berkata, komplikasi susulan yang dihadapi wanita berkenaan dipercayai kerana pengambilan ubat jantung yang menyebabkan aliran darah ke organ berkenaan tidak mencukupi.

“Dia kembali menerima rawatan dialisis selepas organ berkenaan tidak lagi berfungsi kerana pengambilan ubat jantung.

“Pemindahan buah pinggang babi ke tubuh manusia itu berfungsi melalui penggunaan peranti yang diimplan untuk memastikan jantung itu berdegup,” katanya.

Pada Mei lalu, Richard Rick Slayman yang merupakan penerima pertama buah pinggang babi di dunia meninggal dunia selepas kira-kira dua bulan menggunakan organ mamalia berkenaan.

Kejayaan pembedahan Slayman ,62, yang dilakukan oleh Hospital Massachusetts, Amerika Syarikat itu dianggap saat bersejarah dalam dunia pembedahan.

Pihak hospital bagaimanapun mendakwa tiada sebarang petunjuk menunjukkan kematian Slayman disebabkan oleh pembedahan tersebut.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button