LUAR NEGARA

Penduduk Israel sekali lagi berhimpun desak Netanyahu disingkir

TEL AVIV – Puluhan ribu penduduk Israel semalam berhimpun bagi mendesak Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, disingkirkan ketika perang Israel-Hamas di Gaza kini sudah berlarutan selama enam bulan.

Memetik laporan AFP, penganjur berkata kira-kira 100,000 penunjuk perasaan berkumpul di simpang Tel Aviv yang namanya diubah kepada ‘Dataran Demokrasi’ sejak protes besar-besaran menentang reformasi kehakiman kontroversial, tahun lalu.

Selain di Tel Aviv, protes turut diadakan dekat bandar lain, dengan pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid menyertai perhimpunan di Kfar Saba, sebelum berangkat ke Washington, Amerika Syarikat (AS).

“Mereka (pentadbiran Netanyahu) tidak belajar atau berubah langsung. Mereka tak akan benarkan negara maju ke hadapan selagi tidak disingkirkan,” katanya.

Terdahulu, rejim Zionis memaklumkan pihaknya sudah mendapatkan semula mayat tebusan Hamas semasa serangan pada 7 Oktober lalu, yang maut semasa dalam tahanan di Semenanjung Gaza.

Penemuan jasad Elad Katzir itu sekali gus menjadikan keseluruhan 12 mayat tebusan ditemui tentera ketika perang di Gaza.

Dalam pada itu, sokongan Presiden AS, Joe Biden ke atas Israel dilihat semakin tipis dan hampir menemui penghujungnya selepas serangan udara Isarel yang membunuh tujuh kakitangan badan amal World Central Kitchen (WTC) baru-baru ini.

Malah, Washington sebelum ini, menyuarakan kebimbangan ke atas rancangan Netanyahu melakukan serangan darat di Rafah yang dihuni 1.5 juta orang awam, kebanyakannya dipindahkan dari bahagian lain Gaza, sebelum pembunuhan kakitangan WCK itu berlaku.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button