LUAR NEGARA

Pemimpin JeM dakwa serangan India korbankan 10 ahli keluarganya

BAHAWALPUR, Pakistan – Pemimpin Jaish-e-Mohammad (JeM), Masood Azhar, mendakwa 10 ahli keluarganya termasuk empat pembantu rapat terbunuh dalam serangan udara India di kubu kuat pergerakan itu, di sini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Bahawalpur, Masood dalam satu kenyataan hari ini berkata, serangan itu memang disengajakan ke atas orang awam, lapor Hindustan Times.

Sementara itu, pasukan keselamatan Pakistan dalam satu kenyataan rasmi mendakwa sehingga 26 orang, termasuk orang awam, terkorban dalam serangan itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa India menolak dakwaan sengaja menyasarkan orang awam dan menegaskan semua sasaran telah disaring dengan teliti dan mempunyai kaitan langsung dengan aktiviti pengganas.

Ops Sindoor yang dilancarkan awal pagi tadi adalah sebahagian daripada tindak balas India terhadap serangan di Pahalgam minggu lepas, yang meragut nyawa 26 orang awam, termasuk seorang warganegara Nepal.

Memetik laporan media antarabangsa, operasi udara menyaksikan 24 serangan peluru berpandu dilancarkan dalam masa hanya 25 minit, menyasarkan sembilan kem pengganas di seluruh Pakistan dan Kashmir yang diduduki Pakistan termasuk ibu pejabat dan madrasah Jaish-e-Mohammad di Bahawalpur.

Menurut sumber pasukan keselamatn India, lebih 70 pengganas terbunuh dan lebih 60 lagi cedera, sekali gus melemahkan keupayaan operasi kumpulan seperti JeM dan Lashkar-e-Taiba.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button